Monday, March 5, 2007

Lelaki juga jaga kuku ?

SIAPA kata hanya wanita saja yang perlu menitik beratkan soal kecantikan kuku? itu belum lagimenyentuh mengenai penjagaan kulit tangan dan kaki.Sbenarnya, baik wanita mahupun lelaki seharusnya memberikan perhatian khusus pada kebersihan kuu dengan betul tanpa berasa ia hanya sesuai untuk dipraktikan wanita semata-mata.

Definisai penjagaan kuku tidak hanya tertakluk kepada pemotongan kuku setiap minggu saja, sebaliknya merangkumi pembersihan lebihan kulit mati di sekitar kuku, melakukan proses menggosok kulit kasar dan menyapukan pelembab di celahan jari tangan dan kaki.

Pengarah Operasi The Kuku Bar, Khairul Bahiyah Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Bianca, berkata lelaki hari ini tidak harus mengetapikan soal penjagaan kuku tangan dan kaki kerana selain mengekalkan tahap kebersihan kulit, ia juga mencerminkan keperibadian unggul si jejaka.

Beliau berkata, berbanding wanita yang turut, memberi tumpuan kepada proses mewarna kuku tangan dan kaki, lelaki pula mendapat rawatan khusus bagi melembutkan bahagian bawah tapak kaki selain urutan terapi untuk menghilangkan tekanan.

"Saya boleh katakan, seramai 30 peratus daripada pelanggan tetap di The Kuku Bar adalah lelaki dan peratusan ini sendiri membuktikan lelaki mulai sedar mengenai tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan kuku.

"Bagaimanapun, daripada jumlah itu hanya 10 peratus daripadanya adalah lelaki tempatan yang kebanyakannya berkhidmat dalam sektor perkhidmatan bidang perhotelan dan di syarikat penerbangan," katanya yang semakin kerap menerima kunjungan pelanggan lelaki untuk khidmat penjagaan kuku.

Bianca berkata, ada di kalangan pelanggan lelaki yang begitu teruja bilaselesai rawatan kuku tangan dan kaki bila kali pertama mendapat perawatan berkenaan. Apa yang menarik, sebahagian besar pelanggannya berkunjung bersama taman wanita atau isteri.

Ditanya mengenai proses rawatan kuku yang sesuai untuk lelaki, Bianca berkata, biasanya pihaknya akan mengesyorkan pelanggan lelaki melakukan proses mengkis bahagian kulit jeras d tapak kali yang kering dialami lelaki.

"Tapak kaki lelaki yang lebih keras disebabkan tugas seharian dan aktiviti sukan yang lasak perlu dikikis dengan berus khas untuk melembutkannya, sekaligus mengelak tapak kaki daripada kering keterlaluan dan kasar. Proses rawatan ini biasanya mengambil masa selama 30 minit hingga seam bergantung kepada jenis rawatan yang dilakukan.

"Sementera bagi kuku tangan pula, selain memotong kuku mengikut bentuk yang bersesuaian, kami juga akan memastikan lebihan kulit mati di celahan kuku dibersihkan dan diurut dengan losyen untuk melembutkan kembali kulit lelaki yang selalunya terlalu kering," katanya.

Pengacara dan pelakon Nazrudin Habibur Rahman, 27, yang dijemput unuk merasai pengelaman ratawan kuku tangan dan kaki mengakui peranan penjagaan kuku tangan dan kaki mengakui peranan penjagaan kuku tangan yang kerap dititik beratkan sesetengah lelaki.

"Saya sendiri secara peribadi hanya menumpukan perhatian dengan memotong kuku kaki pula setiap sebulan sekali tanpa melakukan proses lain seperti membuang kulit mati dan proses menyental kulit kasar.

"Tidak sangka, rawatan, lengkap ini benar-benar membuatkan kuku saya nampak sihat dan lebih bermaya," kata personaliti itu yang kini bergandingan dengan Daphne Iking menerusi rancangan pagi The Breakfast Show setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 10 pagi di ntv7.

Kata Naz, kebersihan kuku sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan dan personaliti, khususnya bagi mereka yang sering berhadapan dengan ramai orang.

"Memiliki kuku yang bersih mampu membuatkan seseorang berasa lebih berkeyakinan dan tidak mustahil penampilannya juga akan kelihatan lebih hebat" katanya yang turutberlakon dalam drama bersiri KL Lights di 8TV.

Bayaran untuk rawatan kuku tangan dan kaki daripada RM36 hingga RM58.

Sumber: Citra (Berita Harian) 25 Mei 2006